"Bernafaslah atas nama TuhanMu Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"

Saturday, February 18, 2012

lihat.kau.






for a few days i like to look at you.
sometimes you make me remember to my brother.

lihat kau aku rasa something.
lihat kau buat hatiku bergetar.
lihat kau buat hatiku sejuk.
lihat kau buat aku gembira.
lihat kau buat aku bahagia.
lihat kau buat aku ceria.
lihat kau buat aku terukir senyuman.
lihat kau buat aku tersipu-sipu malu.
lihat kau buat aku lupa tentang kisah lamaku bersama si dia. (tak pernah ada pun. *propa)
lihat kau buat aku ingin mendekatimu.
lihat kau buat aku ingin terus mengenalimu.
lihat kau buat aku seperti dilamun cinta.
lihat kau buat aku hilang arah.
lihat kau buat aku gementar.

oh, hati.
adakah ini dinamakan cinta?
atau hanya sekadar suka-suka.
dimanakah terletak cinta itu yang sebenarnya?
pada yang pertama telah aku relakan dia pergi menemukan cinta sejati nya.
pada yang kedua yang masih belum pasti statusnya.
pada kau seolah-olah ia pasti. ahh. mungkin tidak. hanya mainan perasaan.
perasaan yang ingin menyukai semua lelaki.
menganggap perasaan sendiri playgirl.
tidak salah memainkan perasaan sendiri.
menyukai semua tanpa menyatakan perasaan pada sesiapa.
baru aku teringat, temanku ada berpesan yang kalau kita menyukai seseorang biar kita sahaja yang tahu.
insyaallah satu hari nanti kita akan merasa.

hai kau, mengapa kau hadir dalam mimpiku?
adakah kau merasa yang sama seperti aku?
atau cuma kau termasuk dalam mimpi ku?

hurm. biarkan sahaja perasaan itu wani.
itu hanya mainan perasaan mu.
ia hanya sekadar suka-suka yang tak membawa maksud apa-apa.
tapi, di dalam mimpi mata kami bertentang.
pautan pandangan itu membuatkan aku berpaling dari melihatnya dan membuatkan aku terus terjaga dan terus menerus merasai debaran.
mungkin debaran itu disebabkan aku ada quiz dan test.
lupakan itu semua.
tapi ada yang kata mimpi bertemu jodoh mungkin baik.

ada yang mengetahui siapa watak lelaki di dalam mimpi aku.
dia kata kau baik orangnya.
lembut muka kau.

ah lupakan semua tu wani.
mungkin dia telah berpunya.
lupakan dia.
ia hanya perasaan hati mu sahaja.

insyaallah jodoh mu akan datang satu hari nanti.
yang akan terus membawa mu ke jinjang pelamin.
aku ingin merasa dicinta dan mencintai.
khas untuk bakal suamiku.

selamat jalan cinta.
hadirlah dalam hatiku kerana aku sentiasa menanti mu cinta.

No comments:

Post a Comment