"Bernafaslah atas nama TuhanMu Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"

Monday, November 14, 2011

kalau.dulu

hari ni students SPM satu Malaysia start paper.
i'm wishing them best of luck.
tetiba kenangan dan memori ketika di bangku sekolah menerpa.
damn missing them so much.
last week pergi sekolah. jumpa cikgu2.
cikgu BM ku tny kat kami "awak batch mana ek?" "kitorg batch yg ada Amirul Aiman, Raimy Hadrie, Bryan," "ohhh. ingat2." hahha
lawak la. cikgu tu dah byk jumpa pelajar sampai dah tak ingat sangat dah. takpe.
biar kita yg ingat cikgu jgn lupa cikgu dah la kan.
haha.
sumpah rinduuuuuuuu kat diorg....
bila dengan kenakalan diorang tu.
dah tak tahu camne nak ungkap dah perasan ni.
yang dapat dilakukan sekarang ni, dapat tengok FB diorang je lah.
masing2 dah besar dah kan. hermmm.
ada yang belajar kat oversea dah tau. ALHAMDULILLAH.
ada yang sekarang ni amik degree, ada yang diploma. INSYAALLAH kami akan berjaya.
rasa nak nangis dah ni.
sangat2 memori kenangan dahulu. okai. kita pergi ke tajuk entri yang sebenar. KALAU DULU ni aku bandingkan zaman sekolah dulu dengan zaman Universiti sekarang.

KALAU DULU

kalau dulu, aku ke sekolah dihantar oleh ibu dan abah
kini, aku jalan kaki ke kelas
kalau dulu, aku memakai baju seragam ke sekolah
kini, aku bebas memilih style pakaian sendiri asal menutup aurat
kalau dulu, nak beli barang sekolah mesti keluar dengan parent
kini, nak beli alat tulis kena keluar sendiri #dahbesarkan
kalau dulu, ada subjek Sejarah, Pendidikan Jasmani
kini, semua ikut haluan bidang masing-masing
kalau dulu, pakai kasut sekolah
kini, bantai pakai selipar pergi kelas *takde disiplin
kalau dulu, ada kelas sendiri
kini, masuk je mana bilik yang dah ditetapkan dalam jadual
kalau dulu, panjat sekolah pakai tangga sampai tingkat 6
kini, lif kan ada. hhaaaha
kalau dulu, ada pengawas yang main kejar-kejar dengan pelajar masalah, jaga kelas waktu pagi, waktu cikgu meeting, waktu perhimpunan, waktu rehat
kini, semua buat hal sendiri. kau buat salah tanggung sendiri la dengan pak guard and mak guard kau tu.
kalau dulu, tiap pagi isnin ada perhimpunan rasmi sekolah
kini, bila ada event je semua kumpul. itu pun ada taknak turun. ye lah masing-masing kan dah besar. ikut kepala sendiri la. #degil
kalau dulu, ada subjek Pendidikan Seni, Geografi and Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (wahhh ingat lagi aku nama subjek sivik ni. hahaha)
kini, aku lega dah takde dah subjek seni ni. tapi sometimes rasa nak melukis, mewarna rasa awkward sangat. perasaan menyesal melempang diri sendiri. pada muka. dulu benci sangat ngan subjek tu.
kalau dulu, bawak beg berat ke sekolah. almaklumlah, kelas straight 8-10 jam sehari kan. mana boleh balik. pagar kena kunci. haha.
kini, kelas 2jam, 2jam. ada yang melenggang ke kelas pun ada. haha. yang dapat kelas straight tu nasib la kan. ada tu ada kelas sehari satu kelas je especially hari jumaat.
kalau dulu, memang jadi penduduk tetap kat bilik sendiri
kini, dah jadi budak kolej, kena tinggal dalam kolej. hujung minggu je balik. itupun untunglah kalau balik hujung minggu. X_x
kalau dulu, kena basuh kasut sekolah
kini, HELLO dah tak pakai kasut sekolah dah tau. i pakai heels, wedges. #tipu
kalau dulu, pakai baju kurung
kini, hermmm. lagi suka pakai baju kurung kot. sopan sikit
kalau dulu, ada waktu rehat mengikut peringkat umur masing-masing
kini, lantak kau lah nak makan ke taknak. 
kalau dulu, hari RABU je pakai baju koko. #wholeday!
kini, pakai ikut hari yang ada koko la. ikut part masing-masing. #akudahabiskokodah
kalau dulu, pengawas tunggu depan pintu pagar check kat baju or tudung ada lencana and tag nama tak, pakai tie tak. kalo takde nama masuk buku pengawas. hahaha
kini, kena gak pakai kad matrix. tapi gantung kat leher lah. kalau tak pakai, nasib kau lah kalau jumpa ngan mak and pak gad kau. haha. lagi untung kalau kena saman.
kalau dulu, hari-hari abah bagi duit belanja
kini, masuk duit pakai bank je. pandai-pandai la pakai duit belanja yang dibagi
kalau dulu, ada Hari Sukan, Cultural Day, Installation Day
kini, ikut je la aktiviti apa yang pihak kolej and pihak U buat. konpem la lagi gempak kan. 
kalau dulu, no phones kat sekolah
kini, silent kan phone tu kalau dalam kelas. jangan nak kuang ajaq lak bila dalam kelas ang pi jawab phone. -____-
kalau dulu, macam-macam peraturan kena ikut
kini, ada jugak. apa ang ingat hidup ni takde peraturan ka? 
kalau dulu, kita pakai kertas mahjung
kini, dah maju dah... kita pakai slide. -___-
kalau dulu, orang dok sibuk tanya ang, "dapat berapa A?" "kelas apa?"
kini, "pointer ang berapa?" "dekan ka?" "suka hati ang la nak masuk kelas mana. asal ang blajaq"
kalau dulu, test tak effect apa-apa pun kat markah final angpa
kini, kalau ang main-main masa test, memang ang kena struggle la untuk final angpa.
kalau dulu, setiap 2 tahun ja ada periksa besaq
kini, hujung sem tu memang periksa besaq ang pon
kalau dulu, ang dapat nombor berapa, itu yang tentukan ang berada di kelas sama atau naik kelas ka turun kelas ka.
kini, suka ati ang la nak pilih kelas mana. asal boleh bawak. nak ikut lecturer ka. ikut ang la.
kalau dulu, susah nak dapat movie-movie and drama korea
kini, ada je server nya. ada je sources nya. tinggal nak sedut je. maklumlah, masa ni la nak layan citer. dah tv dah takde kat kolej ni. -____-

kalau duluuuu....
dah lah. banyak pulak kalau dulu nya. korang buat la pulak kalau dulu korang punya
rasa malas dah nak menaip. -___-
but, Alhamdulillah for kalau dulu moment.
'kalau dulu' lah yang ajar kita tentang pengalaman hidup.

I MISS MY EX-CLASSMATES

No comments:

Post a Comment